Isteri solehah~
Seorang isteri menangis hendak memandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dan polis forensik tidak membenarkan. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri, jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan memandikan jenazah kamu.
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang sedang berlaku. Kemudian ustaz itu berkata tidak mengapa jika isteri hendak memandikan jenazah suami. Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri untuk memandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak anak, semoga Allah memberi pahala berganda untukmu wahai suamiku"
Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang. Semoga Allah memberi kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan