Sabtu, 19 Januari 2013

Kepentingan Memasak..


Kat entry nie dylla nak kaitkan dengan MEMASAK.. Terutamanya perempuan la kn. semestinya kena pandai masak. X kesah la single ke, couple ke, kawen ke mesti kena pandai masak. Habis tu cmne nk jaga makan minum suami. Tak gtu.. hehe. Kat sini dylla ade jumpa antara 6 sebab kenapa isteri perlu memasak :

1. kerana tanggungjawab
2. mengambil berat ttg suami
3. Pengikat kasih sayang
4. Air tangan isteri/ibu lebih lazat
5. Bukti kehebatan
6. Berkhasiat

Lagipun dalam hadis Rasulullah ade bersabda :
" sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun "
" makanan yang disediakan oleh isterinya kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah " 

Wahh.. blerw amek berat hal nie jadi semangat nk masak untuk suamiku kelak.. hehe.. Tak kira la untuk sape pun. Yang penting ikhlas, Lagipun dah memang dylla minat bab2 masak nie, lebih afdhal kalau segala lauk tu bermula dr air tangan dylla sendiri, penuh kasih sayang, si dia pun makin sayang.. =D 

Dan lagi 1.. Petang td dylla ade msj ngn my dear.. ( dialog diependekkan =p )

Dylla : Sayang da mamam lowm nie, mum ape..?
my dear : dah td.. papa mum ncik ngn ayam goreng tepung. 
Dylla : owhyeke.. shedap x yunk..?
my dear : Blh la.. tp rasa tawar sikit
Dylla : Amboii.. pandainya dye rasa, kalau mcm tu nanti mama masak boleh la papa jd juri yg rasa masakan mama.. 
my dear : alaa.. yg tu senang je. tapi kalau nk rasa masakan mama x blh nk komen sbb sumenya sedap cgt.. 

=D blerw my dear puji cenggitu ase segan pun ade, ase suka pun ade.. 
sebenarnya kan.. yg sedap tu mmg datangnya drpd kemahiran n kepakaran kter dlm bab memasak nie,, tp ade satu yg dylla tambah.. iaitu.. DOA.. =) 

Tiap kali dylla masak x kesah la untuk family atau my dear dylla slalu amalkan doa2 nie. 

Doa untuk sedapkan makanan ( 3x )

Selawat Nabi 
Berzikir 

Doa masuk dapur 

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Doa waktu sukat beras ( 3x ) 

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Haa.. itulah doa yg dylla amalkan bukannye dylla amalkan perkara yg syirik, itu semua doa minx berkat Allah. Alhamdulillah dengan berkat Allah makanan yg pernah dylla masak pun x pernah la smpai buat orang keracunan makanan. cuma yg salah step tu ade la ( menggelabah )
Sebab tu la dr awal sebelum kawen spatotnya kter yg perempuan nie kena pandai masak, nanti nk kawen x payah la asyik nk beli kt luar je, suami pun nk jgk rasa air tangan isterikan, nk makan kat luar x kesah tp bergantung pd keadaan la kalau da x sempat masak sebab sibuk makan aje kt luar x bermakna makan hari2.. Boleh bankrap woo.. lgpun masakan luar belom tentu bersihkan.

Selain drpd kebaikan memasak.. dylla nk share jgk Pahala seorang isteri..
Wahhh~ sumer dh tau nie.. hehe..
Tapi.. kalau ade sesaper yg kata cmnie '' belom kawen da over nk tau benda nie sumer, gatal~ '' aq lempang laju2.. Benda nie la kter kena tau awal2,penting tahu x, so, nanti kawen x payah la menggelabah duk cari dlm internet la, beli buku la.. So, thats why la kena tahu dr awal..

Pahala Seorang Isteri.. 


  • Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  • Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
  • "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
  • Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.
  • Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
  • Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
  • Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
  • Memberi/membuat segelas air untuk suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
  • Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah

Wahh~ hebatnya ganjaran yang Allah bg kepada mereka yg bergelar isteri... :') hukhuk.. sebak ase.. Ya allah.. kalau dylla dijodohkan ngn my dear insyallah dylla akan jd yg terbaek dimata my dear, dylla x nk sia2 kan ganjaran yg allah tetapkn.. Dengan menghormati Family n sumai/isteri kter dh pun mendapat ganjaran.. Tapi kadang2 manusia lalai dgn tu semua, x amek berat pasal nie. sbb tu boleh bawa kepada penceraian.. hurmm.. mintak2 dijauhkan lah perkara cmtu.. 

p/s : dylla pun slow2 jgk mendalami hal2 cmnie, kena terapkan jgk hal yg berkaitan agama supaya diri kter x terpesong dr pandangan Allah.. Insyallah kalau kter ikhlas dgn semua keje yg kter buat Allah akan balas dgn berlipat ganda kebaikan.. Amiiiiiiinn~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan